saya minta maaf

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Wednesday, February 09, 2011



“Saya minta maaf”. Susah ke nak sebut? Ke ada yang sampai terbelit-belit lidah nak sebut? Ok ini bukan permainan ‘tongue twister’. Tapi yang peliknya, ada juga ya orang yang terasa berat lagi susah nak ucapkan ayat yang sangat mudah ini. Baginya semacam pantang larang turun-temurun sejak tujuh belas keturunan terdahulu sebelumnya yang patut dipatuhi, malah ‘tulah’ serta sumpahan yang paling dahsyat akan datang menimpa sehingga tujuh belas keturunan yang datang selepasnya dan tiada yang lebih dahsyat daripada itu melainkan apa yang menimpanya jika dia melanggar pantang larang turun-temurun tersebut. Ini adalah kerana perlakuan meminta maaf merupakan satu simbolik kekalahan bagi seseorang itu kepada seseorang yang lain. Seolah-olah menzahirkan kelemahan tersembunyi di khalayak ramai. Ibarat mengetuk-ngetuk kepala sendiri dan merelakan diri untuk ditertawakan. Tidak ubah seperti menjatuhkan maruah, meletakkan diri dalam kerendahan, kehinaan dan kemiskinan yang melampau hanya jika mereka menyebut ‘3-perkataan’ tersebut. Faham? Jadi, pada ana, inilah agaknya ideology dan kepercayaan, keadaan serta kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh mereka. Kasihan bukan?

Betul. Kasihan sungguh. Rupanya mereka ini tidak tahu yang sebenarnya dengan meminta maaflah manusia mendapat kemuliaan. Menundukkan ego dan menyejukkan hati adalah kemenangan. Menahan jahallu dan mengawal amarah adalah kekuatan . Baik pekerti dan budi bahasa adalah kekayaan.  Akhlak yang mulia dan moral yang positif adalah ketinggian. Ingat ni.

Ataupun, mereka fikir orang-orang seperti mereka tidak layak mengungkapkan '3-perkataan' tersebut? Mereka ini orang-orang ternama. Kedudukan penting sekali dalam masyarakat. Pangkat tinggi-tinggi, kerja pun menimbun-nimbun. Tiada masa rasanya untuk menyebut ‘3-perkataan’ tersebut. Rasanya seperti golongan para hamba sahaja yang layak mengungkapkannya. Hamba sudah terbiasa lah katakan. Expert gitu. Ah, jadi biar hamba-hamba itu saja lah yang menyebut ‘3-perkataan’ itu. Biarpun mereka yang bersalah, ada mereka kisah? Apa mereka fikir Rasulullah tidak pernah meminta maaf? Baginda adalah pemimpin seluruh manusia dunia akhir zaman. Pemimpin mereka juga. Langsung tidak pernah berbuat salah pun. Ma’sum. Lagi pula pintu syurga sudah terbuka luas depannya. Tapi mengapa Baginda masih meminta maaf? Oleh kerana Bagindalah juara, kuat, kaya dan mulia, ayat seperti ‘3-perkataan’ ini pernah diungkapkan oleh Nabi s.a.w untuk mententeramkan isteri baginda, Safiyyah. Lihat? Baginda tidak tewas, lemah, hina dan miskin pun. Kerana Baginda bukan mereka!

Ok lah. Kerena kita mahu jadi juara, kuat, kaya dan mulia seperti Nabi s.a.w, ringan-ringankan mulut, senyum-senyum sikit, ikhlas kerana Allah.“Ana minta maaf”
Dan api dendam pun terpadam sendiri.



WaLlahu Ta'alaa A'lam

Farihan+Farihin=Kegembiraan2

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Monday, January 24, 2011



Mujahadah Linafsihi


Mutsaqqoful Fikri

Shahihul Ibadah

Situasi 1

Semester  1. Sedang pening-pening waktu ‘study week’, telefon mereka… err dan suruh mereka telefon balik… bercakap dengan Farihan
“awak nak tau tak, I’in kata dia tak sedap badan”
“kenapa? Dia sakit apa??”
“Dia kata dia ada alahan melampau”
“alahan melampau??”
“a’ah alahan melampau….”
Monolog hati: “bahasa spongebob ni”

Situasi 2

Cuti akhir semester 1. Di dapur, sedang menyediakan juadah makan malam bersama-sama
“I’in, tolong ambilkan buah mangga lagi satu”
“Ok, nahh”
I’in berdiri di sebelah sambil memerhati buah mangga sedang dikupas
“Waahh sedapnya buah mangga! Saya suka buah mangga. Walaupun masam tapi dia berprestij”
“Berprestij?? Haha okey…”

Situasi 3

Di ruang rehat, di depan televisyen yang baru sahaja menyiarkan iklan KFC
“Kenapa orang kata KFC dah tak payah boikot?”
“Sebab Johor Corp. dah beli KFC tapi yang sebenarnya KFC still bagi duit kat orang yahudi untuk bunuh orang Palestin”
“oooh, dulu kan saya ada kawan baik. Nama dia ………., tapi sekarang dah tak dah”
“eh kenapa?? Gaduh ke??”
“tak… sebab dia beli KFC”
“Habis tu kenapa?”
“Maknanya kawan saya tu sokong yahudi untuk bunuh orang Palestin, pastu saya pun dah tak nak kawan ngan dia. Saya tak suka orang yang tolong orang yahudi”
“Laaa, nasihatkan la dia…”

Situasi 4

Baru masuk semester baru. Dah mula rindu. Call mereka dan seperti biasa minta mereka call balik. Selepas bercakap dengan Farihan, telefon di’pass’kan kepada Farihin pula
“Tahun depan awak jadi pengawas kan??”
“Tak de lah. I’an je yang jadi. Saya tak..”
“Kenapa? Kan hari tu awak dah kene interview?”
 “Entah. Tak pe laa. Ada lah tu hikmahnya.”
“Waaahh. Awak tahu mana ni pasal ‘hikmah’ ni?”
“Saya baca kat buku”
“Buku apa?”
“Solusi”
“Hebat!!” *ppffftt~*

Situasi 5

Masih dalam talian telefon yang sama. Bercakap dengan Farihin lagi.
“Ok. Awak ada nak cakap apa-apa lagi?” *I’in bercakap ala-ala gaya orang busy walaupun sedang bercuti*
“Kenapa? Awak dah tak nak cakap dengan saya lagi ke?”
“Bukan macam tu. Tapi saya dah guna semua perkataan. Saya dah tak tau nak cakap apa lagi. “
“Haha ada ke pulak macam tu.”


WaLalhu Ta'laa A'lam
[maryam]- awak, semoga bahagia dunia akhirat~


Pinta Ku~

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Saturday, December 18, 2010




Ya Rabbi
Tuhan yang berkuasa menyatukan hati-hati manusia
Dengan terlafaznya akad itu
Pintaku agar disatukan hati-hati mereka
Pintaku agar dipermudahkan segala urusan mereka
Pintaku agar dikuatkan iman mereka
Pintaku agar mereka kekal bercinta sampai ke syurga
Pintaku jua agar Engkau memberkati mereka bersama selamanya...


Imam al-Hakim, dari Anas r.a berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Siapa yang dianugerahi isteri solehah, sungguh ia telah dibantu dalam separuh urusan agama, maka bertaqwalah (kepada Allah) atas separuh yang lain” . (Riwayat Ibn al-Jawzy, lihat: Kasyf al-Khafa, II/239, no. hadis: 2432).

Alfu Mabuk Kak Hanah dan Along (^_^)








Make Me Strong

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Sunday, November 21, 2010





sering kali kita minta
mengemis
merayu-rayu pada Allah
kuatkan aku
tambahkan imanku
berikan aku hidayahmu
ya betul!
Dia yang memberi keizinan untuk semua itu
sumber segala kekuatan

namun takkan berjaya
andai tiada usaha dari kita
kita tiada daya ku-fayakun
mahu atau tidak
harus ada daya gerak
daya usaha bukti kehendak

analogi mudah
saat kita jatuh sakit
demam batuk pening perit
kita mohon pada Allah moga diberi kesembuhan
namun tugas kita juga
untuk makan ubat
tambah makan vitaman dan zat
kurangkan makanan sejuk tak berhasiat
rehat secukupnya
kerja sekadarnya
lakukan apa sahaja
moga dengan izinnya
dikurnia sihat sejahtera

tentang iman juga sama
kamu minta hidayah
tetapi tak pernah mahu berusaha
untuk menjauh dari dosa
malah makin cuba usaha mendekatinya
malas
mencari memahami ilmu agama
mendalami menjalani seni hidup hamba

kamu fikir kamu siapa?
seolah-olah sedang baring atas singgahsana
mata tertutup tangan meminta
tidak malukah?


sunnah hidup perlu usaha
harus bergerak harus bekerja

sungguh Allah melihat pada tingkat usaha
jom! usaha apa sahaja
menjauh dari dosa
mendekat mencipta mengumpul pahala

moga kekuatan, iman, dan taqwa
milik kita semua



Make Me Strong

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Terima Kasih T.I.T.I.K.T.O.L.A.K~

Gentle Sangat Lah Tu~

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Sunday, October 10, 2010


“Err sir, ladies first”. Berdesing telinga mendengar ayat ‘ladies first’. Mungkin bagi orang lain nampak sangat gentle, tapi bagi ana itu cuma alasan. Alasan untuk menangguhkan pembentangan bagi subjek Islamic Worldview. Bukan tidak suka didahulukan tetapi sangat tidak berkenan dengan sikap yang ditonjolkan. Imbasan daripada sirah para anbiya’, frasa ini tidak pernah sekali pun digunakan. Nabi Adam a.s tidak pernah meminta Allah s.w.t supaya Hawa diciptakan terlebih dahulu. Dengan alasan ‘ladies first’. Nabi Ismail tidak pula menyuruh ayahnya Ibrahim a.s menyembelih ibunya, Hajar bagi mendahulukan perempuan. Dalam sirah Nabi Nuh a.s pula, langsung baginda tidak ungkapkan frasa ini kepada isterinya untuk menaiki kapal walaupun pada masa yang sama baginda berusaha untuk memujuk. Baginda Rasulullah s.a.w juga tidak pernah meminta Jibril a.s untuk pergi ke rumah Khadijah dan berjumpa Khadijah semata-mata untuk memberikan wahyu yang pertama, juga dengan alasan “ladies first lah Jibril”. Tidak pernah!!! Apa jua ujian, cabaran atau tugasan yang Allah berikan, mereka tidak pernah menolak kepada perempuan. Ini baru namanya ‘Gentle’. Minta maaf sangat-sangat jika ada sesiapa yang terasa, tapi ana agak yakin yang berkenaan tidak akan terasa kerana yang berkenaan tersebut tidak tahu berbahasa melayu . Bagi yang tidak terasa, jadikan coretan ini sebagai pengajaran kita bersama.

WaLlahu Ta'alaa A'lam


Terima Kasih Allah~

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Sunday, October 03, 2010





Sedari mula

Jejak kaki tidak pernah gagah

Jangankan berjalan, berpijak pun tak bertapak


Sedari mula

Sebutan kata tidak pernah betul

Jangankan bercakap, bersuara pun tak berbahasa


Sedari mula

Hidup ini tidak pernah bermakna

Jangankan berfikir, melihat pun tak berwarna


Namun sedari mula juga

Itu semua tidak pernah direlakan

Ayah dan mama yang dicintai


Terima kasih untuk segala-galanya

Minta maaf atas semuanya

Semoga diberkati dari awal hingga ke akhirnya

Semoga diredhai dari awal hingga penghujungnya


Terima kasih Allah…

Berikan ayah dan mama untuk kami…

Uhibbukuma Fillah~ Mama n Ayah (^_^)









Saat Dhuha

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Monday, September 20, 2010



Saat Dhuha itu

Munculnya Sang Mentari masih di timur

Ligat bercerita dengan Sang Kumulus yang sarat

Bertemankan Sang Pawana yang ceria

Sementara itu, Sang Bumantara hanya memerhati dari jauh


“Itu bunyi apa, Sang Mentari??” tanya Sang Kumulus

“Oh, itu bunyienjin dengkuran” jelas Sang Mentari

“Wah! Rupanya hamba itu sedang berlayar jauh…” Sang Kumulus menunding ke arah si Muzammil

"Jauh ke pulau kapuk!!!” tambahnya

Kelihatan Si Muzammil tersenyum puas di atas keci lembek nan mambu


Bola dunia terus berputar

Mereka membelek lagi dunia rungkuh

“Lihat! Hamba itu sedang bergelut dengan rezeki. Sungguh hebat!” Sang Pawana pula bersuara

“Alangkah ruginya, timbangan mizannya masih belum terisi” keluh Sang Kumulus pula

“Benarkah belum??” tanya Sang Pawana meminta kepastian

“Masakan tidak! Saya belum lagi melihat kamu digetarkan oleh Hamdalahnya” terang Sang Kumulus

Sang Pawana menganguk tanda setuju


"Bacaan Alhamdulillah itu memenuhi timbangan al-Mizan…" (Hadith sahih Muslim)

Maka mengapa mereka tidak bersyukur? (36:73)

Biarkanlah mereka makan dan berseronok serta dilalaikan oleh angan-angan mereka, kelak mereka akan mengetahui (15:3)


Saat dhuha itu

Ramainya yang rugi

Bagi yang beruntung, alangkah bertuahnya!!!


“Barangsiapa menjaga Solat Dhuha, maka dosanya akan diampuni walau sebanyak buih di lautan” (H.R Tarmizi Ibnu Mazah dan Ahmad)

“Barangsiapa yang melaksanakan solat Subuh berjemaah kemudian duduk berzikir untuk Allah sampai matahari terbit kemudian dilanjutkan dengan Solat Dhuha dua rakaat maka baginya seperti pahala haji dan umrah sepenuhnya, sepenuhnya, sepenuhnya” (H.R Tarmizi)

Dari Abdullah bin Amr bin ‘Ash, ia berkata “Rasulullah SAW mengirim pasukan perang, lalu pasukan itu mendapatkan harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembalinya mereka. Maka Rasululla SAW bersabda, “Mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang lebih cepat selesainya perang, lebih banyak memperoleh harta rampasannya dan cepatnya kembali dari medan perang??? Iaitu orang yang berwudhu’ kemudian menuju ke masjid untuk mengerjakan solat sunat Dhuha, dialah yang lebih cepat selesai perangnya, lebih banyak memperoleh harta rampasan, dan lebih cepat kembalinya (H.R Ahmad)






Mengapa berkira-kira???

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Saturday, August 14, 2010




Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah dalam sedar kita sama-sama berada dalam kebaikan yang telah Allah berikan kepada kita. Terlalu banyak rasanya kebaikan demi kebaikan yang diterima setelah kita persembahkan seberapa banyak maksiat demi maksiat sepanjang dalam tempoh hidup ini. Astaghfirullahal 'azim.

Isu berkira-kira
ni bukanlah berkaitan dengan pengiraan kalkulus atau anggaran statistik. Juga tidak ada kena-mengena dengan subjek matematik moden atau matematik tambahan. Tetapi isu ini sangat sinonim dengan sikap kita serta sekian banyak umat islam dalam bulan Ramadhan.

Baiklah anak-anak, mula-mula sekali, cuba kita fikir bagaimana agaknya lagak orang yang berkira-kira?

"Ah, tak payah semua pun tak pe. sikit-sikit sudaa"

ataupun

"Eh, kan saya dah buat tadi?? kali ni orang lain pulak laa"

ataupun

" satu untuk biskut, dua untuk saya, satu untuk biskut, dua saya makan"

Setuju??? Bagus!

Jangan pernah kita berkira dengan Allah. Macam mana tu ye??? Contohnya, sebelum bulan Ramadhan, ibadah wajib buat cukup-cukup je. Tu pun ada lagi yang berlubang. Masuk bulan Ramadhan, tambah ibadah puasa dan amalan sunat sikit-sikit. Sampai 10 malam terkhir, aim kat malam-malam ganjil untuk buat tahajud biar pahalanya sama dengan 1000 bulan. kan senang kerja??


Alahai sahabat, di mana ikhlas kita??? Bukankah Allah telah dan sedang memberi kita rezeki yang berterusan? mengapa pula kita perlu memilih-milih tempoh dan waktu untuk beribadah??? Kedekutnya kita.... dengan Tuhan pun mahu berkira.

Dalam satu video yang pernah ana saksikan, seorang Syeikh bernama Habib Munzir telah berkata pada para pendengarnya dalam satu majlis.

“Dialah yang Maha Baik, Dialah yang Maha Mulia. Setelah kita diberi kehidupan, diberi jasad, lantas Allah meminjamkan pula dunia ini beserta isinya, meminjamkan matahari, meminjamkan bulan, meminjamkan daratan, meminjamkan haiwan dan tumbuhan, meminjamkan air dan lautan yang kesemuanya adalah milik Allah. Kita tidak menyewanya, tidak membelinya, malah tidak pula berdoa untuk meminjamnya. Allah yang memberinya sebelum kita memintanya. Hadirin hadirat, sedemikian luasnya rahmat Ilahi, dan kasih sayangnya meleibihi semua kasih sayang…”

Subhanallah. Luar biasakan sahabat-sahabat? Siapa lagi yang sangup memberi hadiah dan pemberian yang sangat banyak untuk kita kalau bukan Tuhan kita yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang? Dia tidak pernah berkira dengan kita. Jadi, mengapa pula kita mahu berkira-kira dengan Nya?

Namun ana akui, itu adalah lebih baik daripada golongan yang langsung tidak menyedari atau buat-buat tak sedar dengan kehadiran tetamu mulia. Pernah suatu ketika, ana berbulan Ramadhan di kampus Gombak. Sedang kalut bersiap-siap untuk ke masjid, ana jadi terpegun seketika. Melihat keadaan sekeliling, sahabat-sahabat yang mendiami di bilik yang sama kelihatan masih lagi leka dengan movie, Facebook, study dan berbual-bual. Ana jadi terfikir, "betul ke sekarang ni bulan Ramadhan??" Mana tahu terSyokSendiri sedang berada di bulan Ramadhan. Ketika itu tidak ada tanda-tanda yang kelihatan untuk mereka bangun dan bersiap untuk menunaikan solat MAGHRIB... apatah lagi Tarawikh.

Sahabat-sahabat, Ibadah itu bukannya untuk Allah, tapi untuk kita. Makanan rohani agar dapat membesar seiring dengan tumbesaran fizikal kita. Mana aci jika fizikal kita mendapat makanan yang mencukupi malah melebihi tetapi rohani kita langsung tidak diberi makanan. Jadi, bukanlah tujuan penulisan ini untuk membantutkan prestasi ibadah dalam Bulan Ramadhan. Atau menyuruh sahabat lain menunda amal ibadah kepada bulan-bulan yang lain. Bukan! Tapi hadirkanlah rasa ikhlas dalam diri, gunakan masa dalam bulan ini sebaik mungkin untuk berubah serta tanamkan azam untuk terus istiqamah dalam beramal sebaik Ramadhan berundur kelak.Semoga Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik dari yang sebelumnya~

WaLlahu Ta'alaa A'lam




_fAstaQim kaMa UmiRt_