Untuk 'dia'

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Tuesday, January 22, 2013




#musim cuti. Ambillah masa dan peluang yang ada untuk berbakti kepada keluarga.

Pagi itu, mama kurang sihat. Jadi mama hanya memberi arahan dari ruang tamu untuk mengemas bilik tamu di tingkat bawah. Sapu sampah, lap meja, tukar cadar dan lain-lain. Hampir selesai semua tugasan, ada lagi rupanya bantal yang tidak bersampul. Satu persatu pintu kecil almari di bilik itu dibuka. Walaupun dari dulu isinya tak pernah berubah, kerana jarang-jarang dibuka, jadi sarung bantalnya tak jumpa-jumpa.

Mulanya jumpa langsir-langsir, tutup balik. Pintu lain, baju sejuk lama-lama, tutup balik. Buka pintu lain, baju lagi, tutup balik. Buka pintu lain, dokumen dan fail-fail serta kain batik. “kain batik ni nanti untuk tutup jenazah. In case awak tak tahu. Kat sini tau mama letak”……….. terdiam.

Rupanya mama dah ada di sebelah, memerhati anaknya yang main buka je semua pintu sebab nak cari sampul bantal. Mama buka satu pintu lain, baru ada cadar dan sampul bantal. ok dah jumpa.

Monolog hati: semoga sesiapa sahaja yang akan ditutupi kain itu, pengakhiran yang baik buatnya Y_Y



اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

" Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan Islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah"


Wallahu ta'alaa a'lam






0 jiwa tenteram:

Post a Comment