satu entry

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Thursday, June 21, 2012




Sebelum naik semester pendek ini, ana mencabar diri untuk menge’post’ 1 sahaja entry di blog ini. Tapi untuk dapat satu ni, Ya Allah… memang sangat susah. Ternyata kemahiran yang Allah bagi sebelum ini, jarang sangat disyukuri.  Jika dulu banyak juga idea yang tercurah-curah. Bila terasa nak update blog, satu malam dah settle. Tapi sekarang ni, * pfft =.=”

Rupa-rupanya, kemahiran dalam menulis ini satu nikmat. Dengan menulis, kita mampu menyampaikan apa yang ada dalam fikiran kepada orang lain. Erm... walaupun mungkinlah orang lain tak faham pun apa sebenarnya yang nak disampaikan (SS mungkin), tapi itu sudah mampu untuk memberikan satu kepuasan pada diri sendiri. Bila membaca buku-buku atau artikel dari majalah, rasa sangat cemburu kepada yang menulisnya. Bayangkan… selagi hasil-hasil tulisan itu dibaca, selagi pemahaman mereka disebar-sebarkan, dan apabila ianya mampu membentuk dan membina peribadi manusia kepada yang lebih baik, dan mereka pula mengajak kepada yang lain, selagi itulah pahala dan ganjaran diberikan kepada mereka. Allah!

Jadinya, sekarang ini, bersyukur lah dengan setiap apa pun yang kita ada, kita mampu, kita dapat dan segala-galanya lah! Tetiba teringat satu ayat Al-Qur’an yang pernah ‘menembak’ tepat pada batang hidung… 

إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ …. وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا


“dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti. Melainkan (dengan berkata): “InsyAllah
(Al-Kahfi, 18: 23-24)



Nah. Ada apa dengan ‘insyAllah’ (dengan izin Allah)? kerana dengan izin Allah lah, kita mampu menjadi diri kita pada hari ini. Dengan kudrat yang diberikan, kita adalah diri kita yang sekarang. Mampu melihat, berjalan, bergerak, bekerja, berfikir dan… menulis ^_^ Jadinya, gantunglah segala harapan pada Yang-Tidak-Tidur lagi Maha Besar, semoga hidup ini terus dalam redhaNya.

*dah. Habis satu entry. Alhamdulillah*
*juga… maaf. Entry ini macam tak ada hala tuju =.=*

Wallahu Ta’alaa A’lam~