saya minta maaf

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Wednesday, February 09, 2011



“Saya minta maaf”. Susah ke nak sebut? Ke ada yang sampai terbelit-belit lidah nak sebut? Ok ini bukan permainan ‘tongue twister’. Tapi yang peliknya, ada juga ya orang yang terasa berat lagi susah nak ucapkan ayat yang sangat mudah ini. Baginya semacam pantang larang turun-temurun sejak tujuh belas keturunan terdahulu sebelumnya yang patut dipatuhi, malah ‘tulah’ serta sumpahan yang paling dahsyat akan datang menimpa sehingga tujuh belas keturunan yang datang selepasnya dan tiada yang lebih dahsyat daripada itu melainkan apa yang menimpanya jika dia melanggar pantang larang turun-temurun tersebut. Ini adalah kerana perlakuan meminta maaf merupakan satu simbolik kekalahan bagi seseorang itu kepada seseorang yang lain. Seolah-olah menzahirkan kelemahan tersembunyi di khalayak ramai. Ibarat mengetuk-ngetuk kepala sendiri dan merelakan diri untuk ditertawakan. Tidak ubah seperti menjatuhkan maruah, meletakkan diri dalam kerendahan, kehinaan dan kemiskinan yang melampau hanya jika mereka menyebut ‘3-perkataan’ tersebut. Faham? Jadi, pada ana, inilah agaknya ideology dan kepercayaan, keadaan serta kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh mereka. Kasihan bukan?

Betul. Kasihan sungguh. Rupanya mereka ini tidak tahu yang sebenarnya dengan meminta maaflah manusia mendapat kemuliaan. Menundukkan ego dan menyejukkan hati adalah kemenangan. Menahan jahallu dan mengawal amarah adalah kekuatan . Baik pekerti dan budi bahasa adalah kekayaan.  Akhlak yang mulia dan moral yang positif adalah ketinggian. Ingat ni.

Ataupun, mereka fikir orang-orang seperti mereka tidak layak mengungkapkan '3-perkataan' tersebut? Mereka ini orang-orang ternama. Kedudukan penting sekali dalam masyarakat. Pangkat tinggi-tinggi, kerja pun menimbun-nimbun. Tiada masa rasanya untuk menyebut ‘3-perkataan’ tersebut. Rasanya seperti golongan para hamba sahaja yang layak mengungkapkannya. Hamba sudah terbiasa lah katakan. Expert gitu. Ah, jadi biar hamba-hamba itu saja lah yang menyebut ‘3-perkataan’ itu. Biarpun mereka yang bersalah, ada mereka kisah? Apa mereka fikir Rasulullah tidak pernah meminta maaf? Baginda adalah pemimpin seluruh manusia dunia akhir zaman. Pemimpin mereka juga. Langsung tidak pernah berbuat salah pun. Ma’sum. Lagi pula pintu syurga sudah terbuka luas depannya. Tapi mengapa Baginda masih meminta maaf? Oleh kerana Bagindalah juara, kuat, kaya dan mulia, ayat seperti ‘3-perkataan’ ini pernah diungkapkan oleh Nabi s.a.w untuk mententeramkan isteri baginda, Safiyyah. Lihat? Baginda tidak tewas, lemah, hina dan miskin pun. Kerana Baginda bukan mereka!

Ok lah. Kerena kita mahu jadi juara, kuat, kaya dan mulia seperti Nabi s.a.w, ringan-ringankan mulut, senyum-senyum sikit, ikhlas kerana Allah.“Ana minta maaf”
Dan api dendam pun terpadam sendiri.



WaLlahu Ta'alaa A'lam

1 jiwa tenteram:

+akufobia+ said... @ February 10, 2011 at 8:37 PM

nice.

Post a Comment