~Indahnya di Darul Taqwa~

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Thursday, April 15, 2010
.
.

Assalamualaikum w.b.t
sedikit perkongsian dari ana.
kisah ini bukanlah rekaan sendiri
juga tidak pernah tahu asal usul penulisnya.
apapn semoga ia kan tetap jadi kenyataan...


silalah jemput baca ye .....


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu seoaruh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya


Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini.


Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.


"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.


"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda untuk berzikir, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."


Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?


"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.


"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.


"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.


Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.


"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "


"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."


Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.


"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."


Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.


"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."


"Assalamualaikum", Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.


"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.


Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas... Lega. Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana?


Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan. "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"


Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.


"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."


"Ceh! Diskriminasi, double-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.


"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".


Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan.


Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.


"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."

"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu...


"Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng-gelengkan kepalanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.

"Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.


"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.


Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.


"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.


Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.


" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.


Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit.. malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya.

"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita."keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi


"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.


Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.


"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi.


"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.


"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang."


Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.


"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....."


"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.

"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma...


Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannya kah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.


Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?


"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.


"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit


anak-anak muda sekarang..."


"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.


Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.


Kemudian getaran suara bergema


"... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu

mendamba kasih yang tidak berhujung

mengutip sayang di hamparan cinta suci.

Inilah getaran hatiku memburu cinta.......

stanza hati merindu Ilahi!"


Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.


"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."


Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.


"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."


"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."


"Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."


"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.


Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.


Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit.


Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.


"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"


Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.


"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Dr. Johar.


"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya..."


"Habis, mereka mahu apa?"


"Mereka mahu Islam, Datuk!"


"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.


"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG... ..ITULAH JANJI ILAHI"


"Pasakkan Thabat Teguhkan Istiqamah"


Farihan+Farihin=Kegembiraan

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Friday, March 05, 2010

Assalamualaikum w.b.t
ini mereka...

''Malaysia now has two Spiderman... yes..yes, two" kata Farihan...

panasnye...


"shh...jgn ckp kuat2.. nnt olang lain tau..." kata Farihin...

Situasi 1-

sedang tension2 di UIA...
assignment bertimbun...
final dah dekat...
call mereka...
" iin jadi ketua kelas ye??"
" ha'a tp saya letih laa"
"kenapa??"
"diorg x dengar ckp saya, saya pn bwk rotan ke sekolah"
"???"

bercakap dengan i'an pula...
"awak, mcmana kat sana??"
"kat mana??"
"UIA lah.." (mcm org dewasa pulak..)
"ok je tp saya seram exam dah dekat dah..."
"tak pe2 kami sokong awak...!! belajar rajin2 tau.."
"haha ok2..."
"ha'a kami sokong awak.." (i'in jerit dari belakang)
"iye saye..."


Situasi 2-


dalam fatrah imtihan...
teringat hari ini, hari lahir mereka,
saya call mereka...

i'an bertanya
"awak suka warna apa??"
"merun"
"lagi??"
"hitam"
"lagi??"
"putih... kenapa tanya"
"awak x suka pink??"
"ha?? kenapa??"
"saya nak bg awak hadiah sbb awak dah bnyak bg kami hadiah"
"awak nk bg saya apa??"
"kereta alat kawalan jauh..."
"ada ke yg warna pink???"
"ada saya tengok kt Jusco...tu pun kalau ayah kasi..."

"hooo... ok terima kasih"


Situasi 3-

di suatu petang sedang bersantai2 disebelah mereka
mereka pun bertanya...
"perlawanan persahabatan itu apa??"
"owh, perlawanan yg diadakan utk mengeratkn Silaturrahim"
"silaturrahim tu apa??"
"hmm ukhuwah.."
"ukhuwah tu ape pulak??"
"ape ye?? ukhuwah tu persahabatan la. "
"saya tak faham laa..."


Situasi 4-

di suatu malam
sedang menemankan farihin mengemas buku utk sekolah esok
tiba2 i'in merungut
"saya tak suka laa kalau org rebut2 nk hadiah"
"awak tak nak hadiah ke?"
"naakk... tapi saya tak suka berebut... bila ustazah kata sape nak hadiah... kawan saya semua menjerit2 kata nak..."
"awak x menjerit??"
"saya x menjerit sbb saya x suka sifat tu.. sifat apa namanye??"
"sifat tamak ke??"
"haa sifat tamak *sambil mengangguk2*"


Situasi 5-

sedang melayan mereka makan
tiba2 terdengar salah seorang TERbuang angin...
saya pun tersenyum
sorang tu malu2, sorang lgi bermuka masam
saya pn bertanya...
"kenapa marah??"
"tak baik tau gelakkan orang...."
"eh..saya senyum je... senyum kan sedekah"
"saya tahu awak gelakkan dia *muka marah*"


P/s- semoga besar nanti menjadi insan yg berguna.... (^_^)


Kerana Malu, Aku Bertahan

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Thursday, February 25, 2010


Angin lalu
Membawa berita
Kata cinta
Ucapan rindu
Dari kekasih
Untuk kekasih

Dia berpesan
Malu itu pakaian
Jangan ditinggal
Jangan ditanggal
Harus dikekal


Dia berkata;
Buatlah!
Apa saja yang mahu
Buatlah, sayang...
Kalau tak malu


Kerana cinta
aku turutkan
Kerana sayang
aku dengarkan
Kerana kasih
aku ingatkan
Kerana malu
aku bertahan



Dengan dunia
aku berwaspada
Dengan jasad
aku pelihara
Dengan hati
aku berbicara
Wahai Tuhan,
aku berlindung!


Duhai teman
Duhai Sahabat
Ingatkah lagi
Sabda Junjungan???



"Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu."



Inikah Jejaka Kacak Yang Perlu Ku Cari?

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Saturday, November 28, 2009
Align Center
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat
dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa
Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.


Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila
seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang
mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah
ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke
rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba
untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka
dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang
meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk
kesyurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala
dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan
Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita
lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan
mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh
dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu
adalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi
dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk
mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah
orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah
datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau
mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang
akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali
amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi
syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Allahu 'Alam...

Cinta Sang Matahari~

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Friday, October 23, 2009



"Matahari telah menyebarkan cahaya menerangi bumi dan memeberi rasa kedamaian untuk semua makhluk. Sama ada sedar atau tidak, matahari penuh dengan sikap memberi tanpa mengaharapkan balasan. Seluruh pejuru alam semesta menunggu kehadirah sang suria untuk mengawal aktiviti harian mereka. Namun, tidak ada seorang makhluk hendak memberi sesuatu kepada matahari sebagai tanda ucapan terima kasih. Tapi, dari sudut yang lain, matahari akan terus membakar dirinya sendiri sebagai pengorbanan pada alam ini agar sinar cahayanya selalu memberi semangat pada kehidupan makhluk bumi. Entah sampai bila, sang suria akan terus menyeksa diri dengan membakar dirinya sendiri. Sedangkan matahari semakin tua,tidak ada kenikmatan yang dirasainya seperti makhluk alam ini menikmati cahayanya setiap waktu. Setiap hari, dia akan membakar diri sehingga ia akan hancur dan lenyap di sebalik pengorbanan yang tiada balasan. Ketika itu, makluk alam akan menyedari bahawa sang suria amat bereti dalam hidup mereka. Tanpa cahayanya bumi akan gelap gelita. Bahkan, kemungkinan segala peradabannya akan hancur dan lenyap. Ini adalah sebuah cinta yang tak pernah dibayangkan dan terhakis," lanjut Pak Haji.
.
"Namun, lain maknanya bagi matahari, membakar diri adalah satu bentuk pengabdian yang sempurna kepada Sang Pencipta. Walaupun dia tahu dengan membakar diri akan turut memusnahkan dirinya tetapi tidak ada yang paling indah bagi dirinya berbanding dengan kemusnahan dan kembali kepada Sang Penentu Takdir. Ini mengambarkan sebuah kepatuhan pengabdian yang tidak mugkin tergambar oleh kata-kata. Kebahagiaan bagi sang suria di kala setiap bahagian dirinya dibakar dan menjadi cahaya yang terang menyinari setiap makhluk-Nya"


Sumber;
SEMAKIN AKU BERFIKIR ALLAH SEMAkIN ADA
[novel inspirasi bagi pencari TUHAN]
m/s- 158







WaAllahu Ta'alaa A'lam
~Amatullah~

Di Mana Letaknya Dunia???

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Wednesday, October 14, 2009
Di Suatu Ketika...
.
“Wahai guru, mengapa anda mau menerima uang dari Raja?” tanya seorang murid kepada murabbinya, Imam Malik bin Anas yang baru menerima sekantung uang sebanyak seribu dinar.
.
“Kenapa? Ada yang salah?” kata Imam Malik bertanya balik.
.
"Tidak layak orang seperti anda menerima uang dari penguasa,” jawab sang murid.
.
Di mata sang murid, tidak pantas seorang arif bijaksana seperti murabbinya menodai diri dengan uang pemberian penguasa yang selain tidak jelas statusnya, juga sering ada muatan-muatan politis tertentu.
.
"Ketahuilah aku sering mendapat kiriman seperti ini. Uang ini memang di tanganku, tapi tidak di hatiku,” kata Imam Malik.
..
Kemudian beliau menyuruh muridnya itu membagi-bagikan uang tadi kepada fakir miskin sampai habis.
.
.
.
Sejenak muhasabah pada diri
diri ini pun kian terkenang
kejahilan diri di zaman lampau

sayu di hati mula mendatang
.
kadang-kadang kita terleka
sering kali diri ini alpa dan lupa
namun sepantas manakah usaha kita
untuk kembali kepadaNya??
.
Dari Hadis riwayat Ahmad dan Al-Thabrani
"Barangsiapa yang mendekati Allah sesiku,
Dia akan mendekatinya sehasta.
Barangsiapa mendekati Allah sambil berjalan,

Allah akan menyambutnya sambil berlari."
.
jangan ditunggu lagi...
apabila nyawa telah sampai ke kerongkong (76:26)
dan bertaut betis kiri dan kanan (76:29)
tiada lagi waktu bagimu
.
apabila lembaran amal telah dibuka (81:10)
dan apabila langit dilenyapkan (81:11)
dan apabila neraka Jahim dinyalakan (81:12)
dan apabila syurga didekatkan (81:13)
setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan (81:14)
.
Dan sungguh,
telah Kami mudahkan Al-Qur'an sebagai pringatan,
maka adakah manusia mengambilnya sebagai pengajaran? (54:17)
.
maka, letaklah dunia di tanganmu
agar kamu bisa mengawalinya
dan bukannya di hati
moga ia tidak merasuki mu~
.
.
WaAllahu Ta'alaa A'lam


~Salam Lebaran~

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Saturday, September 19, 2009

Say; SubhanAllah...

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Wednesday, August 26, 2009

BismillahirRahmanirRahim

AlhamdulillahiRabbil A'lamiin
Ramadhan Kareem datang lagi...
semoga hari-hari yang dilalui tidak disia-siakan

tiba-tiba baru terasa
betapa nikmatnya minum air....

Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup."
(Q.S. Al Anbiya:30)
dalam Al-Qur'an pun dah tercatit...
manusia+air=hidup
Allah jodohkan manusia dengan air
yang molekulnya sangat cantik
SubhanAllah

molekul air zam-zam


molekul air yang dibacakan dengan ucapan yang baik


molekul air yang didoakan


molekul air dari langit
.
bayangkan segala molekul air yang cantik ini ada dalam diri kita
kenapa?? x percaya??
Tubuh manusia memang 75% terdiri atas air.
Otak 74,5% air.
Darah 82% air.
Tulang yang keras pun mengandung1 22% air.
.
hmm...tp perasan x??
molekul air yang cantik semuanya berkaitan
dengan perkara yang baik...
air zamzam contohnya...
diakui oleh saintist dari jepun
memiliki molekul yang paling cantik...
telaganya terletak di bawah masjidil haram
dimana atasnya jutaan manusia berzikir memuji Allah
jangan kan air zamzam
air paip biasa pun kalau diucapkan dengan
perkataan yang baik akan bertukar bentuk.
air arak?? hmm memang x ada rupa...
apa kaitannya dengan kita??
banyak kaitannya..huhu
fikirkanlah...
.
ok, ana bagi satu analogi...
kalau kita pergi ke disko
"alah, bukannya buat apa2 pun, tengok2 je"
macamana molekul air dalam badan kita??
kiri kanan maksiat...
silap hari bulan boleh sama macam molekul
air arak yang ada di situ
sedikit sebanyak akan memberi kesan pada hati...
fikir lah baik2..
.
bIlA MaTa BerTemu Mata.
AkaN MulA rASa KasIh.
Bila HatI BerTemu HatI,
akAn Mula rAsa saYang.
Tapi bIla daHi BerTemu seJadAH,
akN Terasa Kebesaran Ilahi.
.
"Selamat Berpuasa"
.
Wallahu Ta'ala A'lam
jazakillah ye wan;)

Kembali~

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Thursday, July 23, 2009

BismillahirRahmanirRahim




Alhamdulillahi Rabbil Alamin



utk kali pertama dan buat selamanya.......


jiwa ini kembali.....




sepi

tiada siapa meminta

tidak pernah diduga



datangnya tanpa diundang

perginya tanpa diiring


rindu



tiada kata untuk diungkap

cukup rasa lemas menghimpit


indah tapi duka

lara namun tetap bahagia



haru


air mata menjadi bukti

hanya hati mampu mengerti



tika mata bertaut semula

hati-hati kembali berbunga




gembira



mungkin ini adalah rahmat

atau ia adalah ujian



seringkali ia disalah tafsir

kerapkali ia dikufuri



kagum


Engkau berkuasa mengatur segala

Maha bijaksana dalam merencana


menjadi paksi seluruh alam

menjadi kekasih para pendamping





bersyukur



atas segalanya;


~Islam

~Iman

~jasad yg berfugsi

~wajah yg sempurna

~akal yg waras

~keluarga yg musleh

~asdiqa' yg solehiin wa solehaat

~asaatizah yg memberkati

~rezeki yg mencurah2

~ilmu yang bermanfaat

~kesihatan tubuh badan

~umur yg masih ada

~jiwa yg menuju kesempurnaan

~banyak nya Ya Allah!!!



sesal


kesilapan lalu

andai bisa kembali~



kesalahan lampau

andai mampu diubah~


Tekad

Alhamdulllahi 'alaa kulli haall

wa astaghfirullahi 'alaa kulli zambii....




~24 july dlm kenangan~
~syukran ya akhawat
~syukran Ya Allah


Monolog Sang Perindu

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Thursday, May 21, 2009


BismillahirRahmanirRahim
hari ini maryam dlm proses mengosongkan almari dgn 'tempat letak fail' (???)
utk memberi ruang kpd yg akan tinggal di bilik tersebut...
so terjumpa la brg2 lama yg mengingatkan ana kisah 'muda2' dulu
ini salah satu nya...


Hati ini
terlalu pedih
kerna merindui yang jauh
lantas menahan kemarahan
seolah menyalahkan takdir
kerna memisahkan

Hati ini
terlalu sedih dan pilu
kerana harapan itu terlalu mustahil
tidak mungkin dapat dicapai
walau bintang bisa digarap
walau bulan bisa dibelah
harapan tetap tinggal harapan
semalam tidak mungkin berulang

Hampir tidak tersedar
ada segaris kalimat
yang sudi mengetuk pintu hati
dengan penuh kasih dan hemah
untuk menegur kesilapan ini
"Azifatil aazifah!!!" (54:57)
mengapa merindu yang jauh?
sedangkan yang dekat semakin dekat
yang hampir kian menghampiri

Hati ini
tersentak dan terpana
kosong dan sepi
cuba mencari semula makna kehidupan
mengerti kembali erti rindu
merungkai seketika perihal diri
akhirnya
risau memikirkan tempat kembali....
Ya Allah! Cukuplah Engkau bagiku
untuk dicinta dan dirindu selamanya

Hati ini
semakin sedih
direntap kekesalan
diragut kekecewaan
mengapa leka?
mengapa alpa?
namun diri ini tahu
di suatu sudut
pasti ada yang mengerti

seperti kedengaran
suara memujuk hati
membelai jiwa yang tandus
lalu memberi kata putus
"Wa antum saamiduun" (54:61)
"Fasjudu liLlahi wa' budu" (54:62)
Sedang kamu lengah darinya...
maka bersujudlah kepada Allah
dan sembahlah Dia

~Amatullah sang perindu~
~utk X-Gen, Aniqah, Nurul Iman, Liyana, KakYuli, kakak2pendamping,
adik2usrah,adik2diAlHikmah(kamarkhadijah1),adik2diBinaUmat,
Adik2diBantarGebang(Sahadi&Juliman)
~
~AllTheBest~


luangkan masa utk jiwa ini....

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Monday, May 04, 2009

hi-impact 2009




Langkah Bermula....

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Saturday, May 02, 2009
Alhamdulillah...
setinggi2 kesyukuran kepada Ilahi
atas kemudahan dan perancanganNya yg bakal memudahkn ana utk meneruskan cita2....


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
Sesi Akademik 2009/2010

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD : 91032301****
NAMA : MARYAM ATIKAH BINTI ABDULL RAHIM


TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :


KOD PROGRAM : Y0200

NAMA PROGRAM : ASASI EKONOMI & SAINS PENGURUSAN

IPTA : UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)


teringat zaman muda2 dulu...
UIAM lah universiti yg ana listkan plg bwh sekali...
sbbnya nk merasa suasana yg lain drpd hidayah
kononnya nk berdakwah pd org lain...
tp hari ini hati x sabar2 nk pergi masuk kampus
sbb dah rindu suasana belajar dan tarbiyah mcm wktu sekolah dulu...

semoga shbt2 ana yg lain jg mendpt twrn yg plg baik utk mereka...
terima kasih utk mama n ayah sbb sll doakan yg terbaik

wallahu ta'ala a'lam

first Tag dr Muna...

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Friday, May 01, 2009
Assalamualikum
agak x tau skit nk isi tag nie...
tp cbe je...
org kata cuba2 jaya
okey..ana mulakan dgn BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

"Wa Nafsin Wa Maa Sauwahaa"
sbbnya...apa2 yg akan dipost dlm blog ini adalah demi kesempurnaan jiwa ana
dan org2 yg mmbacanya...
moga2 blog ini tidak disalah gunakan oleh ana dan org lain...

2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea
untuk menamakannya seperti itu?

'amatullahdemalihah.blogspot.com'
nama 'amatullah' mmg ana suke..x tau kenapa...
'malihah' tu adlh ksn drpd input yg ana dpt drpd pak ude- indoor R2J3
mksd ana nak smprna dr segi akhlak, peribadi dan semua...

3)Apakah method penulisan dalam blog anda?

oh...i've nvr think about it before!!

mcm2 kot...

4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?

x..penat2 jer buat w/pun x cnggih mana...

5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada
pemilik blog yang TAG anda ini?

orgnya sopan, suka malu2
baik... n yg plg penting dia sbht ana dunia akhirat!!!

6)Senaraikan orang yang akan anda TAG

kak hanah
majidah
ezzah
nadiah mokri
wani
dah cukup....

p/s: jazakillah khairan to Muna sbb
meng'tag' diri ini...
i know you want me to update my blog right...?
(copy paste dr muna) huhu

Baca buku atau Tengok buku???

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Monday, April 27, 2009
Bismillahirrahmaanirrahim

setelah lebih sebulan dah x update blog
hari nie ana nk kongsi buku2 yg ana baca...

.first yg ini..

buku yg sgt 'padat' dgn ilmu pemanduan secara betul,berhemah dan selamat ...
nak x nak...wajib baca buku ini!



buku kedua

Laskar pelangi... buku novel pertama yang ana beli!
ditulis oleh Andrea Hirata a.k.a student cemrlang ekonomi .
buku novel best seller.
Beli di Masjid UGM, Jogja.
direkemenkan oleh penjual buku di sana...
dan kakak homestay ana yg sgt imut!
setelah beberapa lama tengok buku tersebut...
barulah hati ini terbuka utk membacanya.
perkembngn plot di awal penceritaan yg agak lambat
tp cerita yg sgt best dan terharu
sedikit pelik tp x mustahil utk berlaku...
mengisahkan sekumpulan pelajar kampung
yg menggelarkan diri mrk sbg 'laskar pelangi'
pengajaran yg ana dpt drpd novel ini...
~kejayaan kita pada hari ini tidak menjamin kejayaan kita pada hari esok
ana sgt berbesar hati kalau ada sesiapa nk pijamkan buku lanjutan drpd novel ini.
;>sang pemimpi
;>edensor
;>Maryamah Karpov - akan terbit....



buku yg ketiga...

first time baca buku Ramlee Awang Mursyid
pinjam dr seorg shbt...A**a*
kagum jgk dgn cara prsembhn ide dalam novel ni
tp ana rasa cukup satu ini shj novel dia yg ana baca
sbb mcm x serasi sgt dgn pemikiran ana
tp sejujurnya mmg best cerita dia...
ttg sejenis bunga liar yg meracuni pemikiran manusia
melalui pendebungaan secara aktif
yg menyebabkan seseorang itu dibelenggu oleh kesalahan mrk pada masa lalu...
secara kasarnya...dikelilingi makhluk halus dan puaka
tp bila dikaji dan diteliti...
sbnrmya semua kes pembunuhan yg berlaku di rumah 'puaka' tsb
bukanlah kerana hantu yg merasuk
ttp manusia yg telah diracuni bunga tsb
.
mmg sdkt tergugat ketika baca pada pd tgh mlm
pengajaran yg ana dpt..
~rapatkan silaturrahim antara keluarga
~apapun yg terjadi...semua itu hanya akan berlaku dengan izin Allah
~kewajipan berdakwah x terkecuali walau siapa pun kita.....




buku yg keempat...


buku nie sbnrnya baru diterbitkan oleh Telaga Biru
ditulis oleh Fatimah Syarha
direkemenkan oleh seorg mck
so, ana pun beli lah buku nie kt mjlis ihtifal SMIH
hmm...buku ini didedikasikan kepada semua peringkat umur
mksd ana dari umur remaja hingga ke pengantin lama
menceritakan ttg indahnya perkahwinan
yg tidak bermuqaddimahkan dengan berpacaran...
serta menggariskan tanggungjawab suami isteri
dalam melayari bahtera hidup
dan pengajaran yg ana boleh ambil buat masa ini...
~jaga hati
~jaga mata
~jaga maruah
~saratkan hati dgn cinta Ilahi dahulu....



buku kelima...


buku yg ini buku tulisan Fatimah Syarha juga...
tp yg ini jauh lebih best drps buku yg keempat
jg dipinjam dr seorg teman..M*n*
sgt best sbb mengisahkan seorg syabab yg bernama Syabab
dr kecil merupakan seorg yg miskin dan dipinggirkan
tp bila besar mnjd seorg yg berilmu dan pandai memimpin
sgt optimis tp terburu2 ketika terdesak...
novel ini jg novel yg pertama
membuatkan ana terharu sampai sedih(??)...

dan jg membuatkan hasrat ana ke timur tgh semakin mmbuak...
walaupun parents x kasi prgi luar negara...
dgn baca buku ini,
sudh cukup utk ana merasai bgmana rasanya belajar di Syiria.
pengajaran dalam novel ini sgt byk...
~hikmah tuntutan ilmu
~tuntutan menegakkan kebenaran dlm segala keadaan
~kepentingan istikharah
~jgn terlalu syadid dlm sesuatu perkara
~Allah akan uji setiap apa yg kita ucapkan
~byk lg....




buku keenam...(sdg dibaca)


kali ini bukan novel...
tp buku motivasi utk mengisi jiwa yg semakin kosong
juga dibeli di Masjid UGM, Jogja
demi jiwa ini dan kesempurnaannya...
maryam baca dgn harapan dapat disebarkan
sgt2 best sbb semuanya berkaitan dgn kita
pengajaran dia??
lebih elok kalau dibaca sendiri...
kalau rating dia smpai 5 ...
ana kasi 7.



setakat nie...
ada beberapa lg buku yg dalam list utk dibaca yg selama ini ditengok.
tp yg pasti...bukan novel
cukuplah yg itu buat masa ini...
semoga ana smpt menghabiskan semuanya sebelum
waajibat yg lain datang....
waLlahu ta'ala a'lam