Dunia ini...

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Saturday, February 21, 2009
BismillahirRahmanirRahim

Alhamdulillah...
setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan kepada yang Maha Memberi... kerana dengan limpahan nikmat dan kurnianya ana masih lagi diberi peluang untuk menghadiri MABIT ting. 1 dan 2 yg selamat berlangsung pada 20 Februari 2009 yg lalu.

perasaan gembira dan teruja sudah mula dirasai sejak mengetahui kesudian adik2 nuqaba' yg sedia menerima kami sbg penyeri majlis... akhirnya malam yg ditunggu2 kami menghadapinya...

ternyata ujian mereka lebih berat... tanggungjawab mereka lebih banyak... dan halangan yang dilalui mereka lebih dahsyat namun apa yang mengagumkan... fikrah mereka lebih kuat... idea dan pendapat mereka lebih bernas... usaha mereka lebih gigih...

adik-adik...
dunia sudah berubah
ini bukan duniaku lagi
dunia ini sudah menjadi milik mu
yang padanya terdapat
seribu satu ujian
seribu dua tangungjawab serta
seribu tiga Rahmat

adik-adik...
ketika minda ligat berfikir
ketika lidah lantang berbicara
ketika tangan lincah menulis
ketika kaki melangkah laju
awas!
jangan terlalu ghairah
jangan terlalu rakus
harus pandang ke belakang...
andai sahabat terjatuh dan tersungkur
andai teman terlalai dan futur
andai kawan tertinggal di belakang
saf harus diperbaharui
barisan harus diperkukuh
jemaah harus mantap
antum perlu bersatu!

ini bukan calang2 dunia
adik-adik ku...
dunia ini diciptakan untuk mu
juga pernah menjadi dunia ku
dunia ku jua bakal kau jejak...
kita sama2 sakit
kita sama2 berjuang
walau kita berlainan dunia
kita tetap saling mengingati
tetap selalu memenghulurkan bantuan
untuk membersihkan dunia kita
mengharumkan dunia kita
serta menghiasi dunia kita...
kerna...
dunia mu... dunia ku jua

jangan khuatir adik-adik
dunia ku juga tidak jauh bezanya
namun...
akan kami persiapkan dunia ini
seindah mungkin
serapi mungkin
seharum mungkin
agar kelak
kau tidak terkejut dan kaget
pabila kaki melangkah masuk ke dunia baru

jangan berserah adik-adik
kerna...
ternyata Rahmat Allah lebih banyak
bertahanlah!

~Hamba Wanita Allah yang mendambakan ketabahan hati setabah hamba-Nya~
Ummu Isa Al-Masih

0 jiwa tenteram:

Post a Comment