Gentle Sangat Lah Tu~
Published by ~amatullahdemalihah~ under on Sunday, October 10, 2010“Err sir, ladies first”. Berdesing telinga mendengar ayat ‘ladies first’. Mungkin bagi orang lain nampak sangat gentle, tapi bagi ana itu cuma alasan. Alasan untuk menangguhkan pembentangan bagi subjek Islamic Worldview. Bukan tidak suka didahulukan tetapi sangat tidak berkenan dengan sikap yang ditonjolkan. Imbasan daripada sirah para anbiya’, frasa ini tidak pernah sekali pun digunakan. Nabi Adam a.s tidak pernah meminta Allah s.w.t supaya Hawa diciptakan terlebih dahulu. Dengan alasan ‘ladies first’. Nabi Ismail tidak pula menyuruh ayahnya Ibrahim a.s menyembelih ibunya, Hajar bagi mendahulukan perempuan. Dalam sirah Nabi Nuh a.s pula, langsung baginda tidak ungkapkan frasa ini kepada isterinya untuk menaiki kapal walaupun pada masa yang sama baginda berusaha untuk memujuk. Baginda Rasulullah s.a.w juga tidak pernah meminta Jibril a.s untuk pergi ke rumah Khadijah dan berjumpa Khadijah semata-mata untuk memberikan wahyu yang pertama, juga dengan alasan “ladies first lah Jibril”. Tidak pernah!!! Apa jua ujian, cabaran atau tugasan yang Allah berikan, mereka tidak pernah menolak kepada perempuan. Ini baru namanya ‘Gentle’. Minta maaf sangat-sangat jika ada sesiapa yang terasa, tapi ana agak yakin yang berkenaan tidak akan terasa kerana yang berkenaan tersebut tidak tahu berbahasa melayu . Bagi yang tidak terasa, jadikan coretan ini sebagai pengajaran kita bersama.
WaLlahu Ta'alaa A'lam
3 jiwa tenteram:
sokong cik yam!
in a first place, this situation very unsuitable
ana ada penyokong rupenye...
hee alhamdulillah kerana kte sefikrah...
الرجال قوام على النسأ
^_^
Post a Comment