Puas???
Published by ~amatullahdemalihah~ under on Wednesday, June 16, 2010Pada perkiraan ana
Mereka sedang meraikan kemenangan lagi
Kemenangan tersembunyi yang tiada siapa pun sedar.
Rencana yang sekian lama disusun rapi
Musim ini membuahkan hasil lagi
Tragedi di Padang Karbala, dikambus
Mereka mencipta sejarah sendiri
Tragedi berdarah di Gaza, dilupakan
Mereka mengulang kembali
Tragedi Mavi Marmara, diketepikan
Mereka berdekah lagi
Dan hari ini…
Manusia dipuak-puak serta dilagakan
Bersorak melolong bagai orang hilang arah
Hanya kerana sebiji bola yang diilhamkan daripada sebiji(???) kepala…
Kepala cucunda Rasul tercinta, Saidina Hussien yang dipenggal
Dikorek dua biji matanya
Ditusuk rakus mulutnya
Disepak dan disambut oleh kaki-kaki yang lain
Laksana aksi manusia di gelanggang perlawanan saat ini
Tidak ubah sama sekali
Wahai umat
Duhai manusia
Sokonglah...
Soraklah...
Puas???
4 jiwa tenteram:
betul2!! setuju. sekarang semuanya semakin kelam...
p/s: puas ana cari anti ukhti..^_^
okie jazakillah kerana berada di pihak ana... hee
nad: cari ana?? ana kat sini je. x pegi mana2 pn ^_^"
da kata WC senyapkan gaza.
scary~~
Post a Comment