Kerana Malu, Aku Bertahan

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Thursday, February 25, 2010


Angin lalu
Membawa berita
Kata cinta
Ucapan rindu
Dari kekasih
Untuk kekasih

Dia berpesan
Malu itu pakaian
Jangan ditinggal
Jangan ditanggal
Harus dikekal


Dia berkata;
Buatlah!
Apa saja yang mahu
Buatlah, sayang...
Kalau tak malu


Kerana cinta
aku turutkan
Kerana sayang
aku dengarkan
Kerana kasih
aku ingatkan
Kerana malu
aku bertahan



Dengan dunia
aku berwaspada
Dengan jasad
aku pelihara
Dengan hati
aku berbicara
Wahai Tuhan,
aku berlindung!


Duhai teman
Duhai Sahabat
Ingatkah lagi
Sabda Junjungan???



"Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu."



1 jiwa tenteram:

abu_syahid said... @ February 26, 2010 at 4:30 AM

best !!!

Post a Comment