Untuk 'dia'

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Tuesday, January 22, 2013




#musim cuti. Ambillah masa dan peluang yang ada untuk berbakti kepada keluarga.

Pagi itu, mama kurang sihat. Jadi mama hanya memberi arahan dari ruang tamu untuk mengemas bilik tamu di tingkat bawah. Sapu sampah, lap meja, tukar cadar dan lain-lain. Hampir selesai semua tugasan, ada lagi rupanya bantal yang tidak bersampul. Satu persatu pintu kecil almari di bilik itu dibuka. Walaupun dari dulu isinya tak pernah berubah, kerana jarang-jarang dibuka, jadi sarung bantalnya tak jumpa-jumpa.

Mulanya jumpa langsir-langsir, tutup balik. Pintu lain, baju sejuk lama-lama, tutup balik. Buka pintu lain, baju lagi, tutup balik. Buka pintu lain, dokumen dan fail-fail serta kain batik. “kain batik ni nanti untuk tutup jenazah. In case awak tak tahu. Kat sini tau mama letak”……….. terdiam.

Rupanya mama dah ada di sebelah, memerhati anaknya yang main buka je semua pintu sebab nak cari sampul bantal. Mama buka satu pintu lain, baru ada cadar dan sampul bantal. ok dah jumpa.

Monolog hati: semoga sesiapa sahaja yang akan ditutupi kain itu, pengakhiran yang baik buatnya Y_Y



اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

" Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan Islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah"


Wallahu ta'alaa a'lam






izinkan cinta

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Tuesday, October 23, 2012





Dan yang itu aku teramat pasti


Kerana semuanya adalah kerana cinta

Cinta yang dasarnya adalah taqwa dan cinta Allah

Allah yang Maha mencinta kepada yang menyintaiNya

Dan mencintai orang-orang yang mencintai pemilik cintaNya



Dan kini,  

Aku dapati indahnya cinta Allah

Kerana telah aku temui para pencintaNya

Yang selalu menginginkan yang terbaik untuk diriku ini

Juga yang selalu aku inginkan yang terbaik untuk diri mereka

Yang aku cintakan mereka sampai bila-bila

Ya, moga Allah izinkan…



Refleksi MUDAH 2012

Dedikasi buat para murobbiah dan Muayyidah tercinta <3>

satu entry

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Thursday, June 21, 2012




Sebelum naik semester pendek ini, ana mencabar diri untuk menge’post’ 1 sahaja entry di blog ini. Tapi untuk dapat satu ni, Ya Allah… memang sangat susah. Ternyata kemahiran yang Allah bagi sebelum ini, jarang sangat disyukuri.  Jika dulu banyak juga idea yang tercurah-curah. Bila terasa nak update blog, satu malam dah settle. Tapi sekarang ni, * pfft =.=”

Rupa-rupanya, kemahiran dalam menulis ini satu nikmat. Dengan menulis, kita mampu menyampaikan apa yang ada dalam fikiran kepada orang lain. Erm... walaupun mungkinlah orang lain tak faham pun apa sebenarnya yang nak disampaikan (SS mungkin), tapi itu sudah mampu untuk memberikan satu kepuasan pada diri sendiri. Bila membaca buku-buku atau artikel dari majalah, rasa sangat cemburu kepada yang menulisnya. Bayangkan… selagi hasil-hasil tulisan itu dibaca, selagi pemahaman mereka disebar-sebarkan, dan apabila ianya mampu membentuk dan membina peribadi manusia kepada yang lebih baik, dan mereka pula mengajak kepada yang lain, selagi itulah pahala dan ganjaran diberikan kepada mereka. Allah!

Jadinya, sekarang ini, bersyukur lah dengan setiap apa pun yang kita ada, kita mampu, kita dapat dan segala-galanya lah! Tetiba teringat satu ayat Al-Qur’an yang pernah ‘menembak’ tepat pada batang hidung… 

إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ …. وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا


“dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti. Melainkan (dengan berkata): “InsyAllah
(Al-Kahfi, 18: 23-24)



Nah. Ada apa dengan ‘insyAllah’ (dengan izin Allah)? kerana dengan izin Allah lah, kita mampu menjadi diri kita pada hari ini. Dengan kudrat yang diberikan, kita adalah diri kita yang sekarang. Mampu melihat, berjalan, bergerak, bekerja, berfikir dan… menulis ^_^ Jadinya, gantunglah segala harapan pada Yang-Tidak-Tidur lagi Maha Besar, semoga hidup ini terus dalam redhaNya.

*dah. Habis satu entry. Alhamdulillah*
*juga… maaf. Entry ini macam tak ada hala tuju =.=*

Wallahu Ta’alaa A’lam~



Taman Hati

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Wednesday, January 25, 2012



Dalam hati ada taman. Dalam taman ada banyak bunga-bunga dan daun-daun. Bayangkan kalau penjaga taman tak berhati-hati menjaga taman itu, habislah serangga perosak datang menyerang. Daun-daun kering yang jatuh gugur tidak dibersihkan. Rumput-rumput yang panjang langsung dibiarkan. Akhirnya tanah merah kering dan merekah. Lalu tiada lagi pokok-pokok bunga yang tumbuh.  Eee buruknya taman tu. Apabila manusia lain jalan melewati taman tersebut, mungkin sahaja dia menyangka tuan penjaga taman itu sudah meninggal dunia. Kerana apa? Taman sudah menjadi semak!

Dan tiba masanya tuan pemilik taman datang untuk menuntut kembali taman tersebut, dilihatNya taman itu langsung tidak terjaga. Daun dan sampah berserakan sana sini. Lalu ditanya ‘apa pekerjaan mu sepanjang tempoh ini?’. Takkan hendak dijawab ‘saya bersenang-lenang’?!

Dalam hati ada taman. Suburkan taman dalam hati dengan bangun malam. Harumkan bunga dalam taman dengan sedeqah. Gemburkan tanah subur dengan zikrullah. Supaya nanti Tuan Pemilik Taman sudi mengurniakan cintaNya kepada penjaga taman ini. ^_^



أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ
وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَد الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
رواه البخاري ومسلم  

“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”
Hadis sahih riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim

Wallahu Ta'alaa A'lam

















Oh Tangga...

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Thursday, October 13, 2011





Semester ini bilik yang diduduki berada di tingkat 4, blok yang kedua paling jauuuh sekali. Setiap hari kena naik tangga sampai kaki lenguh-lenguh. Rasa nak tercabut pun ada. Kan Kak  AAH ?? Mula-mula banyak jugaklah merungut dalam hati. Dengan mulut pun ada sikit-sikit. Sekali tersedar, dapat apa dengan merungut? Jadi kita panjat je sampai habis tangga. Bila dah habis tangga untuk dipanjat, baru lah boleh cari kunci untuk masuk bilik. Dengan kata lain, kalau tangga tak habis panjat, harapanlah nak masuk bilik tu.

Macam ini lah kehidupan sebenarnya. Dunia ini seperti tangga. Kita hanya melalui tangga itu untuk sampai ke syurga yang berada di atas sekali. Syurga; tempat tinggal yang sebenar-benarnya bagi orang-orang yang berjaya.  Mereka yang memahami dan mempunyai tujuan yang jelas akan melalui tangga tersebut dengan pantas. Bagi mereka, tangga itu melelahkan. Tak ada masa untuk bermain-main atas tangga. Impian mereka adalah syurga. Jadi langkahnya harus cepat. Tak boleh lambat-lambat. Takut tertidur di atas tangga!

Tapi kesian sebab ramai yang memilih untuk tinggal di tangga tersebut. Cantik katanya hiasan-hiasan di tangga. Lantai simen kelabu asap yang dirata rapi mungkin memikat hati. Batu-batu  petak kecil yang disusun di hujung anak tangga terasa sangat unik bagi mereka. Mereka lupa bahawa ada sebuah bilik yang jauh lebih cantik di atas sana. Jauh lebih selesa untuk didiami.

Jadi kawan-kawan, ‘cepat-cepat panjat tangga’. Jangan lengah-lengah. Ada yang merindu di atas sana, itupun kalau kita sedar lah kan… 

WaLlahu Ta’alaa A’lam…
 

7 Ramadhan dan kisah Maryam ♥

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Saturday, August 06, 2011


7 ramadhan 1411=23 Mac 1991

Baru tahu sebenarnya tarikh itu bersamaan dengan tarikh ini. Alhamdulillah wa syukranlillah, puji-pujian yang tak terhingga buat pencipta diri dan alam semesta seluruhnya. JazakiLlahu khairan jaza’ buat ‘malaikat’ yang saya berada di dalam kandungannya 21 tahun (Hijrah) yang lalu, yang sentiasa saya berada di dalam doanya sekian lama. JazakaLlahu khairan kathira juga buat ‘malaikat’ yang selama ini saya mengambil rezeki Allah melaluinya, yang selalu dia korbankan apa sahaja untuk kami. Semoga Allah meredhai hidup kalian di dunia dan merahmati hidup kalian di akhirat.
.............................................................................................................

Sekilas melihat ibu burung melayan anak-anaknya di sarang dengan kasih sayang, naluri keibuan Hanah teringin untuk mempunyai cahaya mata untuk dikandung dan dibelai. Kerana kesolehan, Allah menyebut dan meninggikan keluarga Imran di dalam Al-Qur’an. Dia akhirnya memperkenankan doa hambaNya dan mengurniakan zuriat buat pasangan Hanah dan Imran yang sudah pun lanjut usia. Setinggi-tinggi syukur dan puji dituju hanya untuk Allah. Anak yang masih di dalam kandungan telah dinazarkann untuk diserahkan menjadi pendeta di baitul Maqdis.



إِذْ قَالَتِ امْرَأَتُ عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (3:35)


Sembilan bulan berlalu,Hanah melahirkan anaknya dengan selamat. Hanah dan imran sangat gembira dengan kelahiran anak itu. Namun mereka menjadi gusar apabila mendapati anak itu adalah perempuan.
Kata Imran, “wahai isteriku, kamu melahirkan anak perempuan!” Bagaimana dengan nazarmu?” Sungguh, Allah mengetahui apa yang tidak mereka ketahui. Hanah mula mencari nama untuk anaknya. Akhirnya nama ‘Maryam’ menjadi pilihan yang bermaksud ‘pelayan Tuhan’ dalam bahasa mereka pada ketika itu.

Sumber-(Dahsyatnya Doa Ibu, 2009, Syamsuddin Noor)
.............................................................................................................

*Alhamdulillah. Jumpa akhirnya asal-usul nama ‘Maryam’*

Tidaklah maksud ‘pelayan Tuhan’ ini bermakna Allah itu perlu dilayan kerana lemah atau tidak mampu, tapi Allah itu perlu dilayan selayaknya sebagai Tuhan yang sebenarnya. Ya! Melayan kehendak Allah untuk kita mendapat bahagia sepanjang hidup di dunia dan akhirat nanti. Tak banyak yang Allah mahu daripada kita; cuma (51:56) (2:30). Sebab itu suka ana menggelarkan diri sendiri dengan panggilan ‘Amatullah’. Satu nama yang ana rasa cukup dekat dengan Allah. Seperti seorang ‘buruh’ yang sentiasa peka dengan permintaan ‘tuan’nya. Supaya nanti ‘buruh’ ini tidak dimarah ‘tuan’nya. Seperti seorang ‘ammah’ yang sangat menurut perintah ‘majikan’nya. Dengan harapan ‘ammah’ ini mendapat bonus yang paling lumayan akhir bulan nanti... InsyaAllah, doakan~

  وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
“Ya Rabbi, sesungguhnya aku menamakan anakku ini Maryam dan aku memohon engkau memberi perlindungan kepadanya dan kepada keturunannya daripada syaitan yang terkutuk.”- Doa Hanah buat puterinya (3:36)

Semoga doa itu juga tertumpah buat Maryam Atikah yang baaaaaaanyak sangat kekurangan dan dosa. Moga Allah mengampuni dan merahmati kita semua.  Ramadhan Kareem~ Wallahu Ta'alaa A'lam...







Apa Khabar Aku?

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Thursday, July 14, 2011


Apa khabar aku?
Di hari terakhir aku menikmati nyawa
Di hari Allah menjemput roh milikNya
Di hari aku berpindah ke alam lain
Di hari jasad ini dikuburkan
Baikkah? Atau burukkah?

Apa khabar aku?
Di hari berhimpun nanti
Di hari perhitungan amal
Di hari penghisaban dosa pahala
Di hari melintasi titian siraat
Tersenyumkah? Atau menangiskah?

Ke mana kaki ini akan melangkah?
Di hari keputusan diumumkan
Di hari balasan segala amal
Di hari janji Tuhan ditunaikan
Di hari manusia terbahagi dua golongan
Ke syurgakah? Atau neraka?

Apa kata Tuhan pada ku nanti?
" Salam ke atasmu, berbahagialah, maka silakan masuk ke dalam Syurga ini dan kekallah di dalamnya (38:73)" Atau
“Tinggallah kamu dengan hina di dalamnya(neraka) dan jangan kamu berbicara dengan Aku lagi (23:107-108)”… ??????????

Apa khabar aku nanti?
Gembirakah? Atau bersedih?
Semoga bahagia ya, aku yang disayangi…

Ya Samad, bantu kami untuk menjadi hambamu yang soleh. Redhalah kami dengan kehidupan ini. Semoga nanti aku bisa melihat wajahMu. Maka yang tidak mampu itu adalah orang-orang yang rugi. Allah… Allah…


cerita atau citer?

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Thursday, June 23, 2011


“Di sebuah kampung, terdapat seorang putera raja yang ingin mencari isteri sebagai teman hidupnya. Dia mensyaratkan supaya hanya wanita yang dapat memuatkan kaki ke dalam kasut kaca sahaja yang akan dapat menjadi permaisurinya. Kebetulan terdapat seorang wanita cantik yang tinggal di pinggir kota dapat menyarungkan kasut ke kakinya. Putera raja itu sangat gembira dan jatuh cinta. Mereka akhirnya berkahwin dan hidup gembira.”- habis cerita. Kanak-kanak pun tidur.
“Nabi Musa berkata kepadanya(Nabi Khidir): Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?" (66) Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku (67) Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? (68) Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu" (69) Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu" (70) Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar" (71) Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?" (72) Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)" (73) Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!" (74) Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?" (75) Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku" (76) Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!" (77) Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya(78) Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat (79) Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur (80) Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya (81) Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya" (82) [Surah Al-Kahf,18]- Habis cerita. Kanak-kanak pun mula berfikir.


فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (7:176)


Dunia 'Indah'

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Saturday, May 07, 2011





Selagi dunia dirasakan indah…
Umat yang ramai terus menghilang
Bagaikan buih di laut luas
Banyaknya tidak menjamin kekuatan
Cantiknya tidak menjamin keindahan
Putihnya tidak menjamin kebenaran
Terus dipukul ombak jahiliyyah
Terus menerus ditelan pasir licik
 .
Selagi dunia dirasakan indah…
Sang penyangak terus diangkat memimpin
Jijiknya kebenaran lalu dimayat dan dikuburkan
Hebatnya kezaliman lalu diertikan dengan keadilan
Takutnya pada mati lalu dimomok-momokkan
Luasnya lautan darah berpantaikan pembunuhan
Adilnya hakim hanya mengangguk pada yang batil
Benarnya penipuan hingga diangkat menjadi sumpah
Murahnya rezeki hanya dikutip di bawah meja
Pentingnya hiburan hingga kalut mencari pewaris
 Pekanya pada isu global dan korea selatan pun menjadi bualan
Cantiknya wanita hanya pada tubuh berlendir dosa
Taatnya kepada ibu bapa hingga diperhambakan
Dahsyatnya inflasi lalu kain pun tak mampu dibeli
Enaknya  cinta lalu diratah mentah-mentah
Sayangnya maruah hingga anak di bakul sampah
Penatnya bekerja dan haji pun ditangguh-tangguh
Cintanya pada harta lalu zakat dibuat-buat lupa
Letihnya perpuasa dan perut pun bulat membuncit
Pentingnya solat selepas segala harta dan duit
Agungnya syahadah lalu dianggap mantera ajaib
Mulianya Al-Quran dijadikan pengeras kesaksian
Amannya manusia hidup dalam kegelapan
Tenangnya di kalbu hidup dalam kebingitan
Indahnya terasa hidup dalam kesamaran
Damainya di hati bila hati mati
Harumnya bauan udara tercemar
Dan buih-buih terus menghilang
Syaitan terus mewarnai
Musuh menyusun strategi
Tersengih-sengih sendri
Dunia terus dirasakan indah
Wahn terus menular...


يوشك أن تداعى عليكم الأمم من كل أفق كما تداعى الأكلة إلى قصعتها. قيل يا رسول الله أمن قلة يومئذ ؟ قال لا ولكنكم غثاء كغثاء السيل يجعل الوهن في قلوبكم و ينزعالرعب من قلوب عدوكم لحبكم الدنيا وكراهيتكم الموت.
 (رواه    أبو داود و احمد)
وصححه الألباني في صحيح الجامع الصغير 2/1359 ح 8183 و سلسلة الأحاديث الصحيحة ح 956

Rasulullah bersabda, “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)


Kan Lebih Baik...

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Monday, April 11, 2011




“kenapa dia pakai tudung macam tu.... nampak kelakar laa”
“cuba tengok tu, tak sesuai kan…?? suami hensem macam korean tapi isteri biasa-biasa je, muka melayu”
“tahu tak... budak bilik sebelah ni dah kene tendang uni..."
“Ya Allah! Tak malu ke peluk-peluk time berlakon?? Berlakon je pun”

Ini semua adalah contoh perbualan biasa kita sehari-harian. Semuanya tentang orang lain. Tentang orang lain semuanya kita cakapkan. Macam tak perasan kan?? Kadang-kadang ana sendiri pun tak perasan. Tapi itu gunanya nasihat. Selalunya kalau dah terlepas macam ni, yang paling laju ‘sound’ ialah mama.kalau benda tak mendatangkan faedah, kan lebih baik senyap…” Ha'a betullah!! Sebab Nabi s.a.w pun sampaikan benda yang sama.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
 : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ...
[رواه البخاري ومسلم]
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
 Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam
(Riwayat Bukhori dan Muslim)”

WaLlahu Ta'alaa Al'am







Saat Laila

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Tuesday, March 15, 2011





Saat laila itu

Sang Pawana bermenungan melayan perasaan

Rindukan Sang Bumantara yang bermusafir jauh

Fikirnya ‘Baru sekarang ku sedar kewujudan si Bumantara…

Setelah gelap malam datang menghimpit

Mungkin juga nanti baru ku sedar adanya kehidupan

Setelah kematian datang menjemput



Setelah Sang Kumulus berlalu pergi

Barulah kelihatan seri Sang Purnama

Berseri nampak malam ni? Ada berita gembira?” ramah Sang Pawana

Sang Purnama tersenyum, kelihatan makin berseri wajahnya

Nampak pulau di sana??? Penuh dengan manusia. Namanya Pulau Kapuk

Sambil menunjuk ke arah pulau tersebut, Sang Purnama sambung bicara

Semuanya bersesak-sesak. Yang tua, yang muda, semuanya sama.

Sang Pawana tekun mendengar celoteh Si Purnama…

Lihat pula di sana. Ketika manusia lain bermimpi, ada yang sedang bermadu kasih sesama makhluk, mereka pula bermadu kasih dengan Pencipta segala makhluk. "

Kelihatan segelintir manusia bertasbih, beristighfar dan memuji. Segalanya dipersembahkan buat Tuhan alam dan Tuhan dirinya sampai mati. Lalu Sang Purnama pun sambung bercerita lagi 

Dan ini berita gembira buat mereka…


- Allah SWT bermegah dengan hamba-hambanya yang bangun di tengah malam kerana beribadat. Allah berfirman di hadapan malaikat:

Lihatlah hamba-hambaku itu, mereka telah bangun di tengah malam kerana di waktu tiada seorang pun hambaku melihat mereka kecuali aku. Wahai malaikat, saksikanlah bahawa aku telah sediakan untuk mereka syurgaku tempat tinggal kehormatanku” (Hadith Qudsi)

-'Dan bangunlah sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajud' padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.' (Al-Isra’:79)

-Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa.

-Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka.” Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur.

Saat laila itu,

Ramainya yang lupa,

Bagi yang beringat, alangkah bertuahnya!!!


WaLlahu Ta'alaa A'lam...







saya minta maaf

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Wednesday, February 09, 2011



“Saya minta maaf”. Susah ke nak sebut? Ke ada yang sampai terbelit-belit lidah nak sebut? Ok ini bukan permainan ‘tongue twister’. Tapi yang peliknya, ada juga ya orang yang terasa berat lagi susah nak ucapkan ayat yang sangat mudah ini. Baginya semacam pantang larang turun-temurun sejak tujuh belas keturunan terdahulu sebelumnya yang patut dipatuhi, malah ‘tulah’ serta sumpahan yang paling dahsyat akan datang menimpa sehingga tujuh belas keturunan yang datang selepasnya dan tiada yang lebih dahsyat daripada itu melainkan apa yang menimpanya jika dia melanggar pantang larang turun-temurun tersebut. Ini adalah kerana perlakuan meminta maaf merupakan satu simbolik kekalahan bagi seseorang itu kepada seseorang yang lain. Seolah-olah menzahirkan kelemahan tersembunyi di khalayak ramai. Ibarat mengetuk-ngetuk kepala sendiri dan merelakan diri untuk ditertawakan. Tidak ubah seperti menjatuhkan maruah, meletakkan diri dalam kerendahan, kehinaan dan kemiskinan yang melampau hanya jika mereka menyebut ‘3-perkataan’ tersebut. Faham? Jadi, pada ana, inilah agaknya ideology dan kepercayaan, keadaan serta kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh mereka. Kasihan bukan?

Betul. Kasihan sungguh. Rupanya mereka ini tidak tahu yang sebenarnya dengan meminta maaflah manusia mendapat kemuliaan. Menundukkan ego dan menyejukkan hati adalah kemenangan. Menahan jahallu dan mengawal amarah adalah kekuatan . Baik pekerti dan budi bahasa adalah kekayaan.  Akhlak yang mulia dan moral yang positif adalah ketinggian. Ingat ni.

Ataupun, mereka fikir orang-orang seperti mereka tidak layak mengungkapkan '3-perkataan' tersebut? Mereka ini orang-orang ternama. Kedudukan penting sekali dalam masyarakat. Pangkat tinggi-tinggi, kerja pun menimbun-nimbun. Tiada masa rasanya untuk menyebut ‘3-perkataan’ tersebut. Rasanya seperti golongan para hamba sahaja yang layak mengungkapkannya. Hamba sudah terbiasa lah katakan. Expert gitu. Ah, jadi biar hamba-hamba itu saja lah yang menyebut ‘3-perkataan’ itu. Biarpun mereka yang bersalah, ada mereka kisah? Apa mereka fikir Rasulullah tidak pernah meminta maaf? Baginda adalah pemimpin seluruh manusia dunia akhir zaman. Pemimpin mereka juga. Langsung tidak pernah berbuat salah pun. Ma’sum. Lagi pula pintu syurga sudah terbuka luas depannya. Tapi mengapa Baginda masih meminta maaf? Oleh kerana Bagindalah juara, kuat, kaya dan mulia, ayat seperti ‘3-perkataan’ ini pernah diungkapkan oleh Nabi s.a.w untuk mententeramkan isteri baginda, Safiyyah. Lihat? Baginda tidak tewas, lemah, hina dan miskin pun. Kerana Baginda bukan mereka!

Ok lah. Kerena kita mahu jadi juara, kuat, kaya dan mulia seperti Nabi s.a.w, ringan-ringankan mulut, senyum-senyum sikit, ikhlas kerana Allah.“Ana minta maaf”
Dan api dendam pun terpadam sendiri.



WaLlahu Ta'alaa A'lam

Farihan+Farihin=Kegembiraan2

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Monday, January 24, 2011



Mujahadah Linafsihi


Mutsaqqoful Fikri

Shahihul Ibadah

Situasi 1

Semester  1. Sedang pening-pening waktu ‘study week’, telefon mereka… err dan suruh mereka telefon balik… bercakap dengan Farihan
“awak nak tau tak, I’in kata dia tak sedap badan”
“kenapa? Dia sakit apa??”
“Dia kata dia ada alahan melampau”
“alahan melampau??”
“a’ah alahan melampau….”
Monolog hati: “bahasa spongebob ni”

Situasi 2

Cuti akhir semester 1. Di dapur, sedang menyediakan juadah makan malam bersama-sama
“I’in, tolong ambilkan buah mangga lagi satu”
“Ok, nahh”
I’in berdiri di sebelah sambil memerhati buah mangga sedang dikupas
“Waahh sedapnya buah mangga! Saya suka buah mangga. Walaupun masam tapi dia berprestij”
“Berprestij?? Haha okey…”

Situasi 3

Di ruang rehat, di depan televisyen yang baru sahaja menyiarkan iklan KFC
“Kenapa orang kata KFC dah tak payah boikot?”
“Sebab Johor Corp. dah beli KFC tapi yang sebenarnya KFC still bagi duit kat orang yahudi untuk bunuh orang Palestin”
“oooh, dulu kan saya ada kawan baik. Nama dia ………., tapi sekarang dah tak dah”
“eh kenapa?? Gaduh ke??”
“tak… sebab dia beli KFC”
“Habis tu kenapa?”
“Maknanya kawan saya tu sokong yahudi untuk bunuh orang Palestin, pastu saya pun dah tak nak kawan ngan dia. Saya tak suka orang yang tolong orang yahudi”
“Laaa, nasihatkan la dia…”

Situasi 4

Baru masuk semester baru. Dah mula rindu. Call mereka dan seperti biasa minta mereka call balik. Selepas bercakap dengan Farihan, telefon di’pass’kan kepada Farihin pula
“Tahun depan awak jadi pengawas kan??”
“Tak de lah. I’an je yang jadi. Saya tak..”
“Kenapa? Kan hari tu awak dah kene interview?”
 “Entah. Tak pe laa. Ada lah tu hikmahnya.”
“Waaahh. Awak tahu mana ni pasal ‘hikmah’ ni?”
“Saya baca kat buku”
“Buku apa?”
“Solusi”
“Hebat!!” *ppffftt~*

Situasi 5

Masih dalam talian telefon yang sama. Bercakap dengan Farihin lagi.
“Ok. Awak ada nak cakap apa-apa lagi?” *I’in bercakap ala-ala gaya orang busy walaupun sedang bercuti*
“Kenapa? Awak dah tak nak cakap dengan saya lagi ke?”
“Bukan macam tu. Tapi saya dah guna semua perkataan. Saya dah tak tau nak cakap apa lagi. “
“Haha ada ke pulak macam tu.”


WaLalhu Ta'laa A'lam
[maryam]- awak, semoga bahagia dunia akhirat~