Taman Hati

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Wednesday, January 25, 2012



Dalam hati ada taman. Dalam taman ada banyak bunga-bunga dan daun-daun. Bayangkan kalau penjaga taman tak berhati-hati menjaga taman itu, habislah serangga perosak datang menyerang. Daun-daun kering yang jatuh gugur tidak dibersihkan. Rumput-rumput yang panjang langsung dibiarkan. Akhirnya tanah merah kering dan merekah. Lalu tiada lagi pokok-pokok bunga yang tumbuh.  Eee buruknya taman tu. Apabila manusia lain jalan melewati taman tersebut, mungkin sahaja dia menyangka tuan penjaga taman itu sudah meninggal dunia. Kerana apa? Taman sudah menjadi semak!

Dan tiba masanya tuan pemilik taman datang untuk menuntut kembali taman tersebut, dilihatNya taman itu langsung tidak terjaga. Daun dan sampah berserakan sana sini. Lalu ditanya ‘apa pekerjaan mu sepanjang tempoh ini?’. Takkan hendak dijawab ‘saya bersenang-lenang’?!

Dalam hati ada taman. Suburkan taman dalam hati dengan bangun malam. Harumkan bunga dalam taman dengan sedeqah. Gemburkan tanah subur dengan zikrullah. Supaya nanti Tuan Pemilik Taman sudi mengurniakan cintaNya kepada penjaga taman ini. ^_^



أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ
وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَد الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
رواه البخاري ومسلم  

“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”
Hadis sahih riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim

Wallahu Ta'alaa A'lam

















2 jiwa tenteram:

nahmri. said... @ March 2, 2012 at 5:49 AM

Salam ukhwah.. Penulisan yang bermanfaat ^^
Jemput ziarah blog saya miraclemukmin.blogspot.com

nahmri. said... @ March 2, 2012 at 5:49 AM

Salam ukhwah.. Penulisan yang bermanfaat ^^
Jemput ziarah blog saya miraclemukmin.blogspot.com

Post a Comment