Oh Tangga...

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Thursday, October 13, 2011





Semester ini bilik yang diduduki berada di tingkat 4, blok yang kedua paling jauuuh sekali. Setiap hari kena naik tangga sampai kaki lenguh-lenguh. Rasa nak tercabut pun ada. Kan Kak  AAH ?? Mula-mula banyak jugaklah merungut dalam hati. Dengan mulut pun ada sikit-sikit. Sekali tersedar, dapat apa dengan merungut? Jadi kita panjat je sampai habis tangga. Bila dah habis tangga untuk dipanjat, baru lah boleh cari kunci untuk masuk bilik. Dengan kata lain, kalau tangga tak habis panjat, harapanlah nak masuk bilik tu.

Macam ini lah kehidupan sebenarnya. Dunia ini seperti tangga. Kita hanya melalui tangga itu untuk sampai ke syurga yang berada di atas sekali. Syurga; tempat tinggal yang sebenar-benarnya bagi orang-orang yang berjaya.  Mereka yang memahami dan mempunyai tujuan yang jelas akan melalui tangga tersebut dengan pantas. Bagi mereka, tangga itu melelahkan. Tak ada masa untuk bermain-main atas tangga. Impian mereka adalah syurga. Jadi langkahnya harus cepat. Tak boleh lambat-lambat. Takut tertidur di atas tangga!

Tapi kesian sebab ramai yang memilih untuk tinggal di tangga tersebut. Cantik katanya hiasan-hiasan di tangga. Lantai simen kelabu asap yang dirata rapi mungkin memikat hati. Batu-batu  petak kecil yang disusun di hujung anak tangga terasa sangat unik bagi mereka. Mereka lupa bahawa ada sebuah bilik yang jauh lebih cantik di atas sana. Jauh lebih selesa untuk didiami.

Jadi kawan-kawan, ‘cepat-cepat panjat tangga’. Jangan lengah-lengah. Ada yang merindu di atas sana, itupun kalau kita sedar lah kan… 

WaLlahu Ta’alaa A’lam…