7 Ramadhan dan kisah Maryam ♥

Published by ~amatullahdemalihah~ under on Saturday, August 06, 2011


7 ramadhan 1411=23 Mac 1991

Baru tahu sebenarnya tarikh itu bersamaan dengan tarikh ini. Alhamdulillah wa syukranlillah, puji-pujian yang tak terhingga buat pencipta diri dan alam semesta seluruhnya. JazakiLlahu khairan jaza’ buat ‘malaikat’ yang saya berada di dalam kandungannya 21 tahun (Hijrah) yang lalu, yang sentiasa saya berada di dalam doanya sekian lama. JazakaLlahu khairan kathira juga buat ‘malaikat’ yang selama ini saya mengambil rezeki Allah melaluinya, yang selalu dia korbankan apa sahaja untuk kami. Semoga Allah meredhai hidup kalian di dunia dan merahmati hidup kalian di akhirat.
.............................................................................................................

Sekilas melihat ibu burung melayan anak-anaknya di sarang dengan kasih sayang, naluri keibuan Hanah teringin untuk mempunyai cahaya mata untuk dikandung dan dibelai. Kerana kesolehan, Allah menyebut dan meninggikan keluarga Imran di dalam Al-Qur’an. Dia akhirnya memperkenankan doa hambaNya dan mengurniakan zuriat buat pasangan Hanah dan Imran yang sudah pun lanjut usia. Setinggi-tinggi syukur dan puji dituju hanya untuk Allah. Anak yang masih di dalam kandungan telah dinazarkann untuk diserahkan menjadi pendeta di baitul Maqdis.



إِذْ قَالَتِ امْرَأَتُ عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (3:35)


Sembilan bulan berlalu,Hanah melahirkan anaknya dengan selamat. Hanah dan imran sangat gembira dengan kelahiran anak itu. Namun mereka menjadi gusar apabila mendapati anak itu adalah perempuan.
Kata Imran, “wahai isteriku, kamu melahirkan anak perempuan!” Bagaimana dengan nazarmu?” Sungguh, Allah mengetahui apa yang tidak mereka ketahui. Hanah mula mencari nama untuk anaknya. Akhirnya nama ‘Maryam’ menjadi pilihan yang bermaksud ‘pelayan Tuhan’ dalam bahasa mereka pada ketika itu.

Sumber-(Dahsyatnya Doa Ibu, 2009, Syamsuddin Noor)
.............................................................................................................

*Alhamdulillah. Jumpa akhirnya asal-usul nama ‘Maryam’*

Tidaklah maksud ‘pelayan Tuhan’ ini bermakna Allah itu perlu dilayan kerana lemah atau tidak mampu, tapi Allah itu perlu dilayan selayaknya sebagai Tuhan yang sebenarnya. Ya! Melayan kehendak Allah untuk kita mendapat bahagia sepanjang hidup di dunia dan akhirat nanti. Tak banyak yang Allah mahu daripada kita; cuma (51:56) (2:30). Sebab itu suka ana menggelarkan diri sendiri dengan panggilan ‘Amatullah’. Satu nama yang ana rasa cukup dekat dengan Allah. Seperti seorang ‘buruh’ yang sentiasa peka dengan permintaan ‘tuan’nya. Supaya nanti ‘buruh’ ini tidak dimarah ‘tuan’nya. Seperti seorang ‘ammah’ yang sangat menurut perintah ‘majikan’nya. Dengan harapan ‘ammah’ ini mendapat bonus yang paling lumayan akhir bulan nanti... InsyaAllah, doakan~

  وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
“Ya Rabbi, sesungguhnya aku menamakan anakku ini Maryam dan aku memohon engkau memberi perlindungan kepadanya dan kepada keturunannya daripada syaitan yang terkutuk.”- Doa Hanah buat puterinya (3:36)

Semoga doa itu juga tertumpah buat Maryam Atikah yang baaaaaaanyak sangat kekurangan dan dosa. Moga Allah mengampuni dan merahmati kita semua.  Ramadhan Kareem~ Wallahu Ta'alaa A'lam...